Pre League-9.12.2011



Alhamdulillah pada hari Jumaat,9/12/2011 yang mulia, pukul 6.45 pagi, Futbol Brothers League dimulakan dengan ucapan daripada Abang Mad. Beliau merasmikan program ini dengan disambut tepukan gemuruh daripada para pemain. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan daripada pengarah FBL iaitu Ali Hashimi. Setelah pemain diingatkan tentang peraturan permainan, perlawanan pertama diteruskan dengan perlawanan antara DDB VS UNKNOWN.
Perlawanan dimulakan oleh Team Unknown yang berjersi putih. Perlawanan nampak seimbang pada permulaan permainan kerana setiap pasukan masih tercari-cari rentak permainan. Namun pada minit ke-3, Faiz berjaya memecahkan kebuntuan dengan menyumbat satu gol. Setelah menerima lorongan daripada Solehin, Faiz Berjaya meloloskan diri daripada dua pemain pertahanan lawan lalu menyumbat gol dengan penuh tenang. Setelah gol pertama dijaringkan , pemain Unknown meneruskan asakan demi asakan untuk mencari gol penyamaan. Namun setiap kali ingin menjaringkan gol, Suhaimi penjaga gol pihak DDB Berjaya menahan setiap asakan. Akhirnya Team Unknown berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil tendangan Syafiq yang terkena Yusri lalu menuju ke gawang gol sendiri. Pada separuh masa kedua, Ismail mencemaskan penjaga gol Unknown setelah tendangannya terkena tiang. Ismail berjaya merencana banyak pergerakan Team DDB. Pada minit ke-8, Apek berjaya meloloskan diri dan menjaringkan gol melepasi penjaga gol Team Unknown. Perlawan tamat dengan keputusan 2-1. Syabas buat Team DDB setelah berjaya mencatatkan kemenangan.

Perlawan kedua berlangsung antara Team Futsology menentang The Late. Perlawanan dimulakan oleh Team The Late yang berjersi oren. Setiap pasukan bertungkus lumus untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-4, saudara Erwan Jonoh pemain Team The Late, berjaya menjaringkan gol dengan satu tendangan yang padu melepasi penjaga gol Futsology setelah menerima bola leret dari sayap kanan, Erham. Team Futsology terpaksa bekerja keras untuk mencari gol namun nasib tidak menyebelahi mereka setelah perlawan tamat dengan keputusan 1-0.

Perlawan 3 belangsung antara Team Black Warrior VS IDT(IMAN DAN TAKWA). Team Black Warrior berjaya menjaringkan gol setelah Syahmi yang menerima lorongan daripada Aisa berjaya menjaringkan gol. Kemudian Team Black Warrior menambah lagi jaringan setelah Syahmi melorongkan bola untuk Qayyum menjaringkan gol. Di akhir perlawanan, mereka berjaya mnenambahkan satu lagi gol hasil gerakan cantik Syahmi yang berjaya melorongkan bola untuk Qayyum menyudahkannya. Perlwanan berakhir dengan keputusan 3-0. Satu persembahan mantap daripada Syahmi yang berjaya menjaringkan satu gol dan merencana 2 lagi gol buat pasukannya.

Perlawan diteruskan dengan perlawanan antara ROMEO WARDI VS AYAHANDA BOXER MERAH, satu nama pasukan yang cukup menarik untuk didengar. Perlawanan dimulakan dengan asakan yang bertubi-tubi daripada Team Ayahandaku Boxer Merah. Namun semua asakan dapat dipatahkan oleh Salihin yang mengawal benteng Romeo Wardi. Taqi pemain Team Romeo Wardi berjaya menahan satu sepakan daripada Atha yang nampak menuju ke gawang gol. Satu kredit buat Taqi. Setelah itu, Syafri melepaskan satu sepakan yang menuju ke tepi gawang bagi mengakhiri separuh masa pertama. Separuh masa kedua bermula dengan Nasrullah dibawa masuk oleh Team Ayahandaku Boxer Merah. Tidak sampai 2 minit, Nasrullah berjaya menjaringkan gol melepasi penjaga gol Romeo Wardi. Nampaknya kehadiran Nasrullah telah memberikan satu impak besar buat pasukannya. Team Romeo Wardi meneruskan perlawan dengan asakan yang bertubi-tubi ke arah gol pihak lawan. Namun Anwar, penjaga gol Ayahandaku Boxer Merah dapat menepis segala percubaan. Pada minit ke-7, Syafri (kapten Romeo Wardi) cedera setelah terkena terjahan pemain pihak lawan. Team Romeo Wardi berjaya mendapat sepakan percuma. Namun sepakan percuma itu dapat dirampas balik oleh pihak lawan. Namun pada minit-minit terakhir , Taqiyuddin, team Romeo Wardi berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk mengakhiri perlawan dengan keputusan seri 1-1. Satu kredit buat Team Romeo Wardi yang berjaya mengekalkan mental mereka untuk mendapatkan gol penyamaan.


Perlawanan terakhir adalah di antara Team Bold VS Team Canine. Sebelum bermula, kapten Team Bold melaungkan moto mereka iaitu “kami tetap Team Bold walaupun ditelan zaman. Perlawanan bermula dengan sepak mula daripada Team Bold. Mereka bermula dengan garang apabila mendapatkan sepakan sudut seawall minit-1 setelah sepakan Hadi terkena Akmal. Pada minit ke-3, Hakim melorongkan satu bola yang melepasi semua pertahanan Team Canine untuk disudahkan oleh Hadi. Kedudukan bertukar menjadi 1-0. Setelah 3 minit masa berlalu, Hakim sekali lagi menjadi tunjang untuk pasukannya apabila lorongannya berjaya disudahkan oleh Mijan yang menjadikan kedudukan 2-0. Separuh masa kedua bermula dengan Team Canine berusaha menjaringkan gol. Namun hasrat mereka dihalang oleh Ahmad Samhan yang beraksi dengan sangat baik untuk menahan setiap percubaan Team Canine. Pada minit-minit terakhir, Mijan sekali lagi menambahkan jaringan gol buat pasukannya apabila menerima lorongan daripada Zaid. Perlawan berakhir dengan keputusan 3-0.

Setelah melihat semua perlawan yan berlangsung, pihak AJK pertandingan sepakat untuk memilih Mohd Syahmi daripada Team Black Warrior menjadi pemain terbaik minggu ini. Diharap para pemain akan berusaha bersungguh-sungguh lagi pada minggu hadapan untuk mencatat kemenangan bagi menghangatkan lagi liga kita.