Bahang Mula Terasa(Minggu Pertama) 17.12.2011



Alhamdulillah pada hari Sabtu, 17 Disember 2011, perlawanan pertama Futbol Brothers League telah dapat dijalankan di Istad. Sebelum permainan bermula, Abang Mad memberi sedikit tazkirah sebagai santapan rohani.
Perlawanan pertama bermula di antara Team Ayahanda Boxer Merah(ABM) VS Team Black Warrior(BW). Perlawanan dimulakan olehTeam ABM.Perlawanan bermula dengan tepukan gemuruh daripada penyokong kerana perlawanan pertama FBL telah bermula. Semua mata tertumpu pada Syahmi, pemain Team BW yang menjadi pemain terbaik Pre – League pada minggu lepas. Namun ternyata dengan kehadiran Farid telah memberi impak buat pasukan ABM apabila menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripadaSyahmi(ABM). Namun tidak lama selepas itu, Syahmi pemain BW sekali lagi menunjukkan belangnya apabila menyumbat gol untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1. Separuh masa kedua bermula dengan sepak mula daripada Team BW. Pada minit ke-10, Farid melorongkan bola buat Syahmi(ABM) dan dikawal dengan cantik namun ledakannya yang tinggi melepasi gawang gol pihak BW. Pada minit ke-13, Syahmi(ABM) sekali lagi memberi lorongan buat Farid menyudahkannya. Farid berjaya menambah koleksi golnya kepada dua. Akhirnya wisel penamat dibunyikan dan perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada pihak ABM dengan keputusan 2-1.

Key player untuk team ABM-Farid
Key player untuk team BW-Syahmi

Perlawan kedua adalah di antara Team The Late(TL) VS Team Romeo Wardi(RW). Perlawanan bermula dengan sepak mula daripada Team The Late. Perlawanan nampak seimbang pada seawal minit ke 2. Namun Raja, pemain TL berjaya menggelecek pemain RW lalu melepaskan sepakan padu yang menuju ke penjuru kanan gol RW melepasi penjaga gol RW. Gol itu mungkin telah menjadi “Goal Of The Week”. Setelah itu pemain RW berusaha untuk mencari gol penyamaan. Taqi pemain RW melepaskan rembatan setelah menerima hantaran daripada Amsyar namun berjaya ditahan oleh Hafiz, penjaga gol pihak TL. Hafiz sekali lagi bertindak cemerlang apabila menahan lorongan Taqi yang tampak menuju kearah Syafri. Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan asakan daripada RW kearah pintu gol TL. Namun Hafiz penjaga gol pihak TL bertindak cemerlang untuk menepis segala percubaan. Syafri kapten RW melepaskan rembatan kuat namun tendangannya menuju ke sisi gawang TL. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak pada TL. Tahniah buat kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Key player TL-Erham
Key player RW-Zunnur Ihsan

Perlawan ketiga dimulakan dengan sepak mula daripada Team Futsology(F) yang menentang Team Bold(TB). Perlawanan bermula dengan sangat rancak daripada kedua-dua team. Bertubi-tubi asakan dilancarkan dan akhirnya pada minit ke -5, lorongan daripada Hadi kepada Hakim berjaya menghasilkan gol pertama buat TB. TF kembali bersemangat melancarkan serangan yang berbisa. Ahnaf pemain TF berjaya menggelecek dua pemain pertahanan dan merembat masuk kearah gawang TB untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Pada separuh masa kedua, pemain TB memulakan perlawanan dengan pemain mereka saling bertukar hantaran sehingga ke arah gawang TF namun berjaya dihalang oleh Kimi yang mengawal benteng pertahanan TF. TB bermain dengan sangat mantap, apabila Hadi menggelecek seorang pemain pertahanan lalu melorongkan buat Ahmad(TB) menjarigkan gol. Pemain TF yang tersentak dengan gol itu melakukan counter attack. Strategi itu berhasil apabila Ahnaf sekali lagi merembat masuk untuk menjadikan kedudukan 2-2. TB sekali lagi melakukan asakan bertubi-tubi pada minit-minit terakhir setelah Ahmad berlari meninggalkan pemain pertahanan TF untuk menuju kearah gawang gol TF. Namun Yusri berjaya menahan percubaan daripada Ahmad untuk menjadikan kedudukan berakhir dengan 2-2.

Key player TF-Ahnaff
Key player TB-Hadi

Perlawan keempat adalah di antara Unknown(TU) VS Canine(TC). Pada seawal minit pertama, TU berjaya dapatkan gol setelah Wawaeni yang melorongkan bola buat Badrul menjaringkan gol yang pertama bagi pihak TU. Kemudian mereka menambah lagi gol pada minit ke-2 apabila Badrul pula yang melorongkan bola buat Wawaeni menjaringkan gol.
Tidak sampai 2 minit selepas itu, Syafiq menambah lagi jaringan setelah merembat masuk untuk menjadikan kedudukan mereka 3-0. Pemain TC cuba untuk bangkit namun pertahahan TU yang dikawal oleh Hafiz sukar untuk ditembusi. Pada minit ke 5, Badrul sekali lagi menambah koleksi golnya setelah menggelecek 3 orang pemain. Pada minit ke -6, Syafiq menambah gol lagi setelah rembatannya tidak dapat ditepis oleh penjaga gol TC untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 5-0. Pada separuh masa kedua, Syahril berjaya menggelecek 3 pemain TU namun tidak dapat membolosi gawang TU yang dikawal Ariff. Pada minit ke 8, TU menambah lagi jaringan gol mereka setelah Syafiq melengkapkan hatriknya setelah merembat masuk gol melepasi penjaga gol TU. Pada minit ke 10, Wawaeni menjadikan kedudukan 7-0 setelah bertukar –tukar hantaran dengan Badrul sebelum merembat masuk gol. Pada minit ke – 13, Wawaeni melengkapkan hatriknya setelah menggelecek seorang pemain hantaran sebelum menyudahkannya dengan tenang. Perlawanan berakhir dengan keputusan 8-0. Nampaknya dengan ketiadaan 2 orang pemain utama TC, iaitu Umair dengan Aziz Gan betul-betul mempengaruhi persembahan TC.

Key player TU-Wawaeni
Key player TC-Syahril

Perlawanan terakhir adalah di antara Team Gala(TG) VS Team DDB(TDDB). Perlawan dimulakan oleh TG yang berjersi coklat. TG bermula dengan garang apabila memaksa penjaga gol TDDB, Suhaimi menepis satu tendangan daripada Hazeem. Hazeem sekali lagi cuba merembat namun rembatannya dapat ditepis oleh Suhaimi. Amirul pemain TG melorongkan bola buat Hazeem namun tidak dapat menyudahkannya dengan baik. Pada minit ke-5, Hazeem sekali lagi cuba merembat namun kali ini dapat dihalang oleh pemain pertahanan TDDB, Razi. Pada separuh masa kedua, penjaga gol TG yang menerima passing back daripada pemain pertahanan cuba untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, tetapi bola itu terkena kepala Ardee pemain TDDB yang cuba mengejar bola itu lalu bergolek masuk ke dalam gol untuk menjadikan kedudukan 1-0. Mungkin inilah “gol yang paling tidakdisangka-sangka”. Pemain TG cuba bangkit kembali dengan Ariff yang menerima hantaran daripada Abdul Hakim cuba untuk menanduk tetapi tandukannya tersasar. Kemudian Abdul Hakim melepaskan rembatan yang kuat namun masih tidak dapat membolosi gawang yang dijaga oleh Suhaimi pemain TDDB. Perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-0 dengan kemenangan berpihak kepada TDDM.

Key player TDDB-Suhaimi
Key player TG-Hakim

Secara kesuluruhan, setelah dinilai oleh unit pertandingan, gelaran “PLAYER OF THE WEEK” telah dianugerahkan kepada saudara MUHAMMAD WAWAENI BIN UBAIDELLOH. Dengan jaringan hatrik dan satu asisst telah melayakkan Wawaeni untuk menerima anugerah berprestij ini. Tahniah diucapkan.Untuk melihat kedudukan team FUTBOL BROTHERS LEAGUE, sila ke page-----> league standing.