Saingan 3 Penjuru(Minggu Kedua) 24.12.2011


Alhamdulillah pada hari Sabtu, 24 Disember 2011, perlawanan untuk minggu kedua telah berlangsung. Namun pada minggu ini, jadual perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika atas kehadiran beberapa team yang lambat. Oleh itu pihak pengurusan berharap agar semua pasukan dapat memberikan kerjasama yang tinggi dalam menepati masa supaya acara dapat berjalan dengan lancar.

Perlawanan pertama adalah di antara Team Bold VS Iman Dan Takwa. Perlawanan dimulakan oleh pasukan Bold yang bejersi biru. Pada minit pertama, Akieff merembat namun gagal menyumbat gol setelah rembatannya tersasar. Pada minit ke 3 Hadi penyerang Team Bold berjaya memecahkan kebuntuan apabila menyumbat satu gol setelah menerima lorongan daripada Hakim. Keadaan bertukar menjadi 1-0. Hadi membuat satu hantaran kepada Zaid yang tampak bersedia untuk merembat namun rembatannya tersasar. Beberapa minit kemudian, Syakeer, penjaga gol IDT tersilap membaling ke arah pemain lawan dan Samhan pantas ingin membuat satu “chip-shot” namun gagal menjaringkan gol walaupun peluang itu jelas dapat menambah jaringan pasukannya. Setelah diberi tekanan oleh pihak pertahanan IDT. Pemain IDT cuba mencari gol penyamaan. Daniel,(IDT) melepaskan rembatan namun ditepis oleh Mizan,penjaga gol Team Bold. Hadi tampak begitu merbahaya apabila beliau sekali lagi merencanakan pergerakan pasukannya setelah lorongannya menemui Hakim, namun rembatan Hakim tersasar untuk menamatkan perlawanan dengan kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Team Bold menukar strategi dengan Ahmad Samhan kembali menjadi penjaga gol dan Mijan menjadi striker. Strategi itu tampak menjadi, apabila lorongan Hakim yang menuju ke arah Mijan dapat dilihat mampu dikawal oleh Mijan namun bola itu terlalu laju. Namun pada minit ke 8, Mijan menunjukkan bisanya apabila menggelecek seorang pemain pertahanan IDT untuk menjadikan kedudukan 2-0. Team Bold nampaknya semakin garang mencari gol sehingga memaksa Syakeer penjaga gol IDT menahan banyak percubaan daripada Team Bold. Mijan sekali lagi menyumbat satu gol setelah menyudahkan hantaran daripada Hakim. Pada minit ke 11, Mijan gagal melengkapkan hatriknya apabila kuisannya menuju ke tepi gawang. Pada minit ke 12, Hakim menambah lagi penderitaan IDT setelah rembatannya menuju ke penjuru kanan gawang IDT hasil daripada lorongan Hadi. Pada minit-minit terakhir, Mijan melorongkan bola buat Hadi yang menyudahkannya dengan rembatan separuh voli untuk menyudahkan perlawanan dengan keputusan 5-0.


Perlawan kedua adalah di antara The Late (TL) VS Gala’ (G). Perlawanan dimulakan dengan rembatan yang kencang daripada Akmal(TL) namun tersasar. Pada minit ke 2, Akmal sekali melepaskan rembatan padu namun masih tidak mampu menjaringkan gol . Pada minit ke 3, Erwan, sayap kiri The Late berusaha untuk menjaringkan goal namun sentuhannya hanya melepasi sebelah tiang gol. Pada minit ke 5, Akmal semakin hampir menjaringkan gol apabila rembatannya kali ini menjumpai tiang namun masih tidak menemui jaring. Pada minit ke 6, Raja melepaskan rembatan namun tersasar untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 0-0. Separuh masa kedua dimulai oleh Gala’.
Penjaga gol The Late, Afiez berjaya menahan satu rembatan padu daripada Amirul, sayap kiri Gala’. Akhirnya, saat yang dinanti nantikan, pada minit ke 7 suasana yang sunyi kembali riuh apabila Raja melepaskan rembatan yang kencang yang melepasi penjaga gol Gala’ setelah merima hantaran daripada Muhsin. Tersentak dengan gol itu, pemain Gala’ kembali bersemangat untuk mencari gol. Hakim, pemain utama Gala’ menanduk bola namun tandukannya terkena tiang. Pada minit ke 9, Erham melepasi semua pertahanan Gala’ dan menuju ke gawang gol. Namun refleksi yang cemerlang daripada Kamarul penjaga gol Gala’ berjaya menghalang rembatan itu. Pada minit-minit terakhir perlawanan, Muhsin meletakkan pasukannya di kedudukan yang selesa apabila merembat rendah menuju ke penjuru kanan gawang gol Gala’ setelah menerima hantaran daripada Akmal. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0.

Kehangatan suasana pada pagi ini diteruskan dengan perlawanan di antara Unknown vs DDB. Unknown memegang reputasi sebagai pasukan yang menjaringkan gol paling banyak pada perlawanan yang lepas. Perlawanan dimulakan dengan serangan yang pantas oleh Unknown. Badrul, penyerang Unknown berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 2 setelah bola terpantul terkena tiang gol. Mereka meneruskan asakan ke arah gol DDB dan Badrul sekali lagi merembat masuk gol setelah menerima hantaran daripada Wawaeni. Ihsan pemain Unknown membuat satu cubaan dengan merembat padu namun menuju ke tepi gawang. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-0 yang memihak kepada Unknown. Pada separuh masa kedua, giliran DDB pula menyerang untuk mencari gol. Kali ini, Ismail pemain DDB cuba menguis bola namun tidak dapat menemui jaring . Pada minit ke 9, Badrul sekali lagi merembat namun rembatannya kali ini tersasar menuju ke tepi gawang. Suhaimi sekali lagi menyelamatkan pasukannya apabila menahan satu percubaan daripada Ihsan. Pada minit ke 10, Wawaeni sekali lagi menambah jaringan gol kepada 3-0. Pemain DDB kembali bersemangat mencari gol. Ardee pemain DDB merembat dari kawasan tengah namun tidak dapat membolosi gawang . Pada minit ke 12, lorongan daripada Faiz buat Ardee berjaya membuahkan hasil setelah Ardee menjaringkan gol pertama buat DDB. Mail hampir merapatkan jurang namun percubaanya tidak menemui sasaran. Pada minit-minit terakhir, Suhaimi menyelamatkan 2 percubaan merbahaya untuk memastikan kedudukan berakhir dengan 3-1.


Perlawanan ke 4 adalah di antara Futsology VS Ayahanda Boxer Merah (ABM). Separuh masa pertama dimulakan oleh ABM. Perlawanan sangat sengit daripada kedua-dua pasukan. Pada minit ke 5, Syahmi merembat namun rembatannya terkena team sendiri. Akhirnya pada minit ke 5, Farid berjaya menjaringkan gol setelah hantaran dari pemain pertahanan ke penjaga gol dapat dipintas oleh Farid untuk beliau menyudahkan dengan mudah. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0. Pada minit ke 8, Ahnaff berpeluang menyamakan kedudukan namun kuisannya tidak dapat menemui gawang. Akhirnya pada minit-minit terakhir, Ahnaff menjadi penyelamat buat pasukannya setelah menyamakan kedudukan dengan satu sepakan padu ke gawang gol ABM. Perlawanan tamat dengan keputusan 1-1.


Perlawan terakhir adalah di antara Romeo Wardi (RW) VS Black Warrior (BW). Perlawanan bermula dengan satu cubaan daripada Qayyum. Pada minit ke 4, Taqi pemain TRW berjaya menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada Amsyar. Keadaan bertukar menjadi 1-0. Pada minit ke 7, Salihin berjaya menahan satu percubaan daripada Syahmi untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki oleh pasukannya. Separuh masa kedua bermula dengan Taqi melorongkan bola buat Syafri menyudahkan untuk menjadikan kedudukan TRW selesa.Namun pemain BW masih tidak berputus semangat. Salihin terpaksa menahan satu percubaan daripada Ifa’ad. Pada minit ke 11, Taqi tampak menambahkan lagi koleksi golnya namun dihalang oleh penjaga gol TBW. Sekali lagi Salihin menahan lorongan daripada Qayyum yang tampak menuju ke arah Syahmi. Pada minit terakhir, Taqi menanduk bola ke arah belakang namun dapat ditepis oleh penjaga gol TBW. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0.

Setelah melihat setiap perlawanan yang berlangsung, pihak tertinggi FBL 2011/2012 sepakat untuk memilih Hamizan sebagai pemain terbaik minggu ini setelah menunjukkan mempersembahkan aksi yang hebet dalam membantu pasukannya menewaskan IDT dengan 5-0.