
Kehangatan Bermula (Minggu Ketiga) 31/12/2011
Alhamdulillah dengan izin Allah, pada hari Sabtu 31/12/2011 perlawanan FBL telah dapat dilangsungkan di Is-Stad untuk minggu ketiga. Di pagi yang cerah disinari mentari dalam suhu yang berdarjahkan 12 celcius, kelihatan para pemain sungguh bersemangat untuk menentang pasukan lawan mereka.
Perlawanan pertama adalah di antara Team Futsology(TF) VS Team DDB(TD). Futsology memulakan perlawanan dengan sepak mula. Perlawanan seimbang pada minit pertama perlawanan. Namun pada minit ke -2,DDB berjaya membolosi gawang Futsology setelah Ardee menyumbatkan gol buat pasukannya setelah dilorongkan dengan begitu cantik oleh Faiz. Permainan yang agak perlahan ditunjukkan oleh Futsology setelah mereka bertubi-tubi diserang oleh DDB. Namun pada minit ke 5, Futsology mula mendapat rentak. Serangan demi serangan dilakukan oleh mereka. Akhirnya pada minit ke 7 Ahsan merembat kencang ke arah gol untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan keputusan 1-1. Separuh masa kedua bermula dengan serangan daripada pihak DDB namun gagal membolosi gawang Futsology yang dikawal kemas oleh Yusri. Pada minit-minit terakhir, giliran Futsology menyerang dengan bertubi-tubi. Namun serangan daripada Futsology tiada penyudahan kerana dikawal oleh Suhaimi penjaga gol DDB. Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Perlawanan kedua adalah di antara Gala’ VS Iman dan Takwa(IDT). Perlawanan dimulakan oleh Gala’. Gala’ bermula dengan serangan ke arah pihak lawan, namun lorongan terlalu laju daripada Farhan tidak dapat menemui penyerang Gala’. Abdul Hakim pemain Gala’ Berjaya menjaringkan gol apabila merembat kencang dan secara tidak sengaja mengenai badan pemain pertahanan IDT lalu bergolek ke arah gol sendiri. Kemudian Amirul menambahkan jaringan setelah rembatan kencangnya menemui sasaran untuk menjadikan kedudukan 2-0. Pada minit ke 3, Hakim menambah jaringan pasukannya kepada 3-0 setelah menerima lorongan daripada Farid. Pada minit ke 4, Farid sekali lagi merencanakan pergerakan pasukannya setelah lorongannya berjaya disambar oleh Hakim. Pada minit ke 5, Amirul menambah lagi jaringan kepada 5-0 setelah menerima hantaran daripada Farid. Pada minit ke 7, Abdul Hakim melorongkan bola buat Amirul menyudahkannya. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 6-0. Kedudukan yang selesa buat Gala’. Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan yang berterusan daripada Gala’ menemui hasilnya setelah Farid menambah jaringan pasukannya kepada 7-0. Pada minit ke 9, giliran Kamarul pula menjaringkan gol setelah merembat bola ke penjuru kanan gawang IDT. Pada minit ke 10, Gala’ menambahkan lagi derita pemain IDT setelah Kamarul menambah jaringan gol pasukannya. Pada minit ke 13, Farid merembat ke tepi kiri gawang gol pihak IDT untuk menamatkan perlawanan dengan 10-0. Setelah tamat perlawanan, kelihatan pemain-pemain Gala’ gembira apabila dapat berpesta gol pada pagi ini.
Perlawanan ketiga adalah di antara Canine(TC) VS The Late(TL). Setelah perlawanan bermula, The Late menyerang dengan bertubi-tubi dengan satu rembatan kencang daripada Akmal namun tinggi. Habib sekali lagi merembat ke arah gawang Canine namun masih gagal menemui sasaran. Akhirnya pada minit ke 4, Erwan berjaya menjaringkan gol setelah menolak masuk bola yang gagal ditampan oleh penjaga gol Canine. Pada minit ke 6, Erwan sekali lagi cuba merembat namun gagal menemui sasaran. Sebelum tamat separuh masa pertama, The Late dapat menambahkan jaringannya apabila Erham melorongkan bola dari kanan untuk penyerang The Late Muhsin, namun pertahanan Canine kebal menjaga gol mereka dan Mohsen melorongkan kepada Erwan untuk menambahkan jaringan kepada 2-0. Pada separuh masa kedua, percubaan demi percubaan dapat ditepis oleh Akmal yang begitu cekap menjaga gawangnya. Pada minit ke 8, Habib melorongkan bola buat Erham namun rembatannya tidak menemui sasaran. Pada minit ke 10,Raja melepaskan satu rembatan yang padu namun menuju ke tepi gawang.Seterusnya, Erham menjaringkan gol pada minit ke 11 setelah menerima lorongan leret daripada Erwan. Akhirnya pada minit ke 13, Erwan menambah koleksi golnya setelah menerima lorongan daripada Erham.
Perlawanan keempat ialah antara The Black Warrior(BW) VS Unknown(TU). Seawal minit ke 2, Badrul mencemaskan para pemain Black Warrior setelah rembatannya singgah di palang gol. Pada minit ke 3, Badrul sekali lagi merembat namun tidak menemui sasaran. Pada minit ke 5, Badrul yang menggelecek seorang pemain pertahanan Black Warrior melorongkan bola buat Ehsan mudah menyudahkannya. Pada minit ke 7, Badrul sekali lagi membuktikan kehebatannya setelah lorongannya dirembat padu oleh Wawaeni. Separuh masa ke 2 dimulakan dengan serangan daripada Uknown. Badrul menglecek seorang pemain lalu merembat kencang namun tidak menemui sasaran. Pada minit ke 9, Amir penjaga gol Black Warrior melempar bola ke arah Aisar yang mudah menyudahkannya. Pada minit ke 10, Syahmi berjaya menyamakan kedudukan. Namun pada minit ke 12 Ihsan kembali meletakan pasukannya dihadapan setelah rembatannya menemui gawang. Pada minit ke 13 badrul menggandakan lagi kelebihan pasukannya setelah rembatannya menuju ke penjuru gawang. Perlawanan berakhir dengan keputusan 4-2.
Perlawanan terakhir adalah perlawanan diantara Team Bold(TB) menentang Romeo Wardi FC(RW). Seawal minit ke 2, Taqi mencemaskan penjaga gol TB setelah rembatannya menuju ke arah gawang gol. Pada minit ke 4, Taqi sekali lagi melorongkan bola ke arah Syafri mamun tak dapat dikawal dengan baik. Pada minit ke 5, Hakim melorongkan bola kepada Hadi dan merembat kencang melepasi penjaga gol Rome Wardi.Romeo Wardi memberi respons dengan gol penyamaan daripada Syafri. Pada separuh masa ke 2, perlawanan dimulakan dengan Hadi yang mengelecek 2 pemain pertahanan merembat padu namun menuju tepi gawang. Syafri merembat kencang namun dapat ditepis Ahmad Samhan. Pada minit ke 12 Syafri merembat padu setelah menerima bola daripada Saifullah. Perlawanan berakhir dengan 1-1.
Setelah pemerhatian dan penilaian dibuat, pihak pengurusan FBL bersepakat untuk menjadikan saudara Amirul Kabri penyerang team Gala’ sebagai “player of the week” dengan persembahan Amirul yang begitu mantap pada minggu ini. Insyaallah, semua pemain akan menemui pasukan lawan mereka yang baru pada Sabtu depan 7.1.2012. KITA JUMPA DISANA!!....Klik Disini untuk melihat kedudukan pasukan-pasukan FBL!