Bisa Yang Luar Biasa- (Minggu Keempat)7.1.2012






TANTA,7 Januari- Alhamdulillah dengan limpah kurnianya perlawanan FBL minggu keempat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam keheningan pagi yang cerah, kahadiran para pemain yang tampak bersemangat walaupun dalam keadaan suhu yang berdarjahkan 8 celcius. Kehadiran 10 pasukan yang masing-masing berjuang untuk memegang gelaran juara liga FUTBOL BROTHERS LEAGUE.


Perlawanan pertama adalah di antara Canine(TC) VS Futsology(TF). Futsology memegang bola dengan taktik yang menarik bagi minit pertama perlawanan. Pada minit ke 4, Ahsan merembat masuk untuk menjaringkan gol pertama. Canine cuba untuk mencari rentak, namun dihalang oleh pemain lawan.

Pada minit ke 5, Kimi merembat padu, namun menuju ke tepi gawang. Pada minit ke 6, hantaran dari Shahril kepada Umai menghasilkan gooooll!!!. Pemain TF cuba mencari gol. Pada minit ke 7, Syafiq menjaringkan gol setelah menerima bola daripada Hasyim. Keadaan bertukar menjadi 2-1. Separuh masa kedua, perlawanan banyak dikuasai Canine yang cuba mencari penyamaan. Namun gagal disudahi striker. Pada minit ke 13, Shahril hampir menjaringkan gol, namun sepakannya tersasar. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Futsology.


Perlawanan kedua adalah di antara Unknown(TU) VS Gala(TG). Perlawanan dimulakan dengan sepak mula daripada TU.Seawal minit ketiga ,Ali penjaga gol Unknown merebahkan badan untuk menghalang Amirul daripada menjaringkan gol. Arham menorongkan bola, namun terlalu laju untuk dicapai oleh Badrul. Pada minit ke 4, Farid melepaskan rembatan, namun tersasar. Penjaga gol Gala’ berjaya menahan rembatan daripada Wawaeni.

Pada minit ke 6, penjaga gol Gala’ sekali lagi berjaya menahan rembatan daripada Wawaeni buat kali kedua. Disebabkan kecekapan penjaga gol Gala’ telah menghalang Unknown daripada menjaringkan gol. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0. Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan sangat sengit kerana kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol. Kali ini, giliran Ali penjaga gol Unknown untuk menghalang pemain Gala’ daripada menjaringkan gol. Amirul merembat dengan kencang namun tersasar. Setelah menggelecek 2 pemain, Syafiq melepaskan rembatan leret namun terkena tiang. Sekali lagi Unknown mengasak pintu gol Gala’ setelah Badrul melepasi 2 pemain lalu merembat dari tepi namun masih gagal temui gawang gol. Perlawanan tamat dengan keputusan 0-0.


Perlawanan ketiga adalah di antara DDB(TD) VS The Late(TL). Perlawanan dimulakan dengan sepak mula daripada The Late. Akmal pemain The Late menjaringkan gol seawal minit ke 2 setelah rembatannya dari jarak jauh menemui jaring. DDB membalas dengan satu rembatan daripada Ardee namun dapat ditepis oleh Afiz penjaga gol The Late. Muhsin pemain The Late rembat dengan perlahan namun tersasar. Akhirnya pada minit ke 6, DDB berjaya mendapatkan gol penyamaan setelah Ismail melorongkan bola dengan begitu cantik kepada Ardee untuk menyudahkannya. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1. Pada separuh masa kedua The Late terpaksa menahan banyak asakan daripada DDB dan kelihatan pemain-pemain The Late juga hilang rentaknya.

Afiz terpaksa menahan rembatan daripada Yusrisham yang merembat dari kawasan pertahanan. Suhaimi juga bertindak dengan cemerlang setelah menahan rembatan daripada Raja. Pada minit ke 11, Akmal sekali lagi menjaringkan gol dengan satu sepakan yang padu melepasi penjaga gol. Namun jaringan lebih The Late tidak bertahan lama setelah Ardee menjaringkan gol penyamaan setelah mengawal baik bola lalu merembat padu ke arah tiang gol dan terpantul di lutut penjaga gol Afiz. Perlawanan semakin sengit. Akmal hampir menjaringkan hatrik namun rembatannya terkena tiang. Pada minit ke 14, wisel penamat ditiup untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 2-2.


Perlawanan keempat adalah di antara Team Bold(TB) VS Ayahandaku Boxer Merah(ABM). Perlawanan dimulakan oleh Team Bold. Setelah menerima bola daripada Pik, Farid merembat namun menuju ke tepi gawang. Sekali lagi pemain ABM mengasak gawang gol Team Bold setelah Nafis melepaskan rembatan yang padu tapi tersasar. Pada minit ke 4, Mijan merembat ke arah gawang ABM namun dapat dihalang oleh Anwar dengan jayanya. Hadi menggelecek seorang pemain lalu merembat

namun rembatannya ke tepi gawang. Pada minit ke 6, Farid melorongkan bola buat Nafis yang berjaya menyudahkannya dengan satu rembatan padu melepasi penjaga gol. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan asakan yang bertubi-tubi daripada pemain ABM. Samhan menepis satu rembatan daripada Pik lalu menuju kepada Farid dan Farid melepaskan rembatan separuh voli namun masih dapat ditahan oleh Samhan. DOUBLE SAVE di situ oleh Samhan. Sekali lagi Samhan menahan rembatan daripada Farid. GOALLLL!!!! setelah Pik berjaya menolak masuk bola yang terpelantun hasil daripada rembatan Farid. Nafis berjaya menjaringkan gol sekali lagi setelah lorongan daripada Pik berjaya disudahkannya. Pada minit ke 11, Farid sekali lagi melorongkan bola buat Syahir yang menyudahkannya dengan tenang. Pada minit ke 12, Farid menggandakan asssistnya setelah melorongkan bola buat Nafis yang berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini. Pada minit ke 13, Mijan mengawal bola dengan begitu baik lalu merembat padu ke penjuru kiri gawang. Perlawanan tamat dengan keputusan 5-1 yang memihak kepada TABM.


Perlawanan terakhir adalah antara Team Black Warrior(TBW) VS Iman Dan Takwa(IDT). Perlawanan dimulakan oleh TBW. Seawal minit pertama Syahmi berjaya menjaringkan gol setelah berjaya melorongkan bola melepasi penjaga gol IDT.

Pada minit ke 3 Syahmi sekali lagi menggandakan jaringannya setelah rembatannya dari tepi menuju gawang IDT. Kali ini giliran Syahir pula untuk menjaringkan gol setelah rembatan leretnya menuju ke penjuru kanan gawang IDT. Fikri pemain IDT melepaskan rembatn yang leret namun tidak bernasib baik apabila rembatannya terkena tiang. Aisar cuba melorongkan bola buat Syahmi namun tidak mampu dikawal oleh Syahmi. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 3-0. Separuh masa kedua dengan sangat baik apabila TBW sekali lagi menambah jaringan setelah Syahmi cross bola buat Aisar mudah menanduk masuk. Dani pemain IDT cuba untuk merapatkan jurang namun rembatannya tidak menemui sasaran. Amir penjaga gol TBW berjaya menahan satu rembatan padu daripada Acha yang merembat dari tepi. Pada minit ke 14, Syahmi melengkapkan hatriknya dengan satu gerakan solo yang menarik setelah menggelecek 2 pemain lalu menjaringkan gol dengan tenang. Perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada TBW dengan keputusan 5-0.