Rest Like A boss!

Salam w.b.t.

Hello guys. How's everything? I hope all are well this week. And for some reasons, well, sad to say, the game for this week has been cancelled. Yes, CANCELLED! We have discussed this cancellation before to give you guys time to be connected to Eminent' Evo's program. So have fun with it and rest like a boss ;) Happy weekend! And eventhough it is weekend, don't forget to say Hi to your books!

Take note every player! Get ready to have Goal!

Minggu kelima:
Team Bold vs The Black Warrior
DDB vs IDT
Unknown vs Futsology
Gala’ vs Canine
ABM vs Romeo Wardi FC
*The Late direhatkan


Minggu Keenam:
Unknown vs IDT
DDB vs The Black Warrior
Gala’ vs Futsology
ABM vs The Late
Canine vs Romeo Wardi FC
*Team Bold direhatkan

And also, jangan lupa okayy! Be punctual on time! The match will starts at 7 a.m until 11 a.m. Semua ahli wajib hadir macam biasa. Wish you guys all the best.
May the best team win with dignity and morally ^^

Bisa Yang Luar Biasa- (Minggu Keempat)7.1.2012






TANTA,7 Januari- Alhamdulillah dengan limpah kurnianya perlawanan FBL minggu keempat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam keheningan pagi yang cerah, kahadiran para pemain yang tampak bersemangat walaupun dalam keadaan suhu yang berdarjahkan 8 celcius. Kehadiran 10 pasukan yang masing-masing berjuang untuk memegang gelaran juara liga FUTBOL BROTHERS LEAGUE.


Perlawanan pertama adalah di antara Canine(TC) VS Futsology(TF). Futsology memegang bola dengan taktik yang menarik bagi minit pertama perlawanan. Pada minit ke 4, Ahsan merembat masuk untuk menjaringkan gol pertama. Canine cuba untuk mencari rentak, namun dihalang oleh pemain lawan.

Pada minit ke 5, Kimi merembat padu, namun menuju ke tepi gawang. Pada minit ke 6, hantaran dari Shahril kepada Umai menghasilkan gooooll!!!. Pemain TF cuba mencari gol. Pada minit ke 7, Syafiq menjaringkan gol setelah menerima bola daripada Hasyim. Keadaan bertukar menjadi 2-1. Separuh masa kedua, perlawanan banyak dikuasai Canine yang cuba mencari penyamaan. Namun gagal disudahi striker. Pada minit ke 13, Shahril hampir menjaringkan gol, namun sepakannya tersasar. Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Futsology.


Perlawanan kedua adalah di antara Unknown(TU) VS Gala(TG). Perlawanan dimulakan dengan sepak mula daripada TU.Seawal minit ketiga ,Ali penjaga gol Unknown merebahkan badan untuk menghalang Amirul daripada menjaringkan gol. Arham menorongkan bola, namun terlalu laju untuk dicapai oleh Badrul. Pada minit ke 4, Farid melepaskan rembatan, namun tersasar. Penjaga gol Gala’ berjaya menahan rembatan daripada Wawaeni.

Pada minit ke 6, penjaga gol Gala’ sekali lagi berjaya menahan rembatan daripada Wawaeni buat kali kedua. Disebabkan kecekapan penjaga gol Gala’ telah menghalang Unknown daripada menjaringkan gol. Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 0-0. Perlawanan separuh masa kedua bermula dengan sangat sengit kerana kedua-dua pasukan berusaha untuk mencari gol. Kali ini, giliran Ali penjaga gol Unknown untuk menghalang pemain Gala’ daripada menjaringkan gol. Amirul merembat dengan kencang namun tersasar. Setelah menggelecek 2 pemain, Syafiq melepaskan rembatan leret namun terkena tiang. Sekali lagi Unknown mengasak pintu gol Gala’ setelah Badrul melepasi 2 pemain lalu merembat dari tepi namun masih gagal temui gawang gol. Perlawanan tamat dengan keputusan 0-0.


Perlawanan ketiga adalah di antara DDB(TD) VS The Late(TL). Perlawanan dimulakan dengan sepak mula daripada The Late. Akmal pemain The Late menjaringkan gol seawal minit ke 2 setelah rembatannya dari jarak jauh menemui jaring. DDB membalas dengan satu rembatan daripada Ardee namun dapat ditepis oleh Afiz penjaga gol The Late. Muhsin pemain The Late rembat dengan perlahan namun tersasar. Akhirnya pada minit ke 6, DDB berjaya mendapatkan gol penyamaan setelah Ismail melorongkan bola dengan begitu cantik kepada Ardee untuk menyudahkannya. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-1. Pada separuh masa kedua The Late terpaksa menahan banyak asakan daripada DDB dan kelihatan pemain-pemain The Late juga hilang rentaknya.

Afiz terpaksa menahan rembatan daripada Yusrisham yang merembat dari kawasan pertahanan. Suhaimi juga bertindak dengan cemerlang setelah menahan rembatan daripada Raja. Pada minit ke 11, Akmal sekali lagi menjaringkan gol dengan satu sepakan yang padu melepasi penjaga gol. Namun jaringan lebih The Late tidak bertahan lama setelah Ardee menjaringkan gol penyamaan setelah mengawal baik bola lalu merembat padu ke arah tiang gol dan terpantul di lutut penjaga gol Afiz. Perlawanan semakin sengit. Akmal hampir menjaringkan hatrik namun rembatannya terkena tiang. Pada minit ke 14, wisel penamat ditiup untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 2-2.


Perlawanan keempat adalah di antara Team Bold(TB) VS Ayahandaku Boxer Merah(ABM). Perlawanan dimulakan oleh Team Bold. Setelah menerima bola daripada Pik, Farid merembat namun menuju ke tepi gawang. Sekali lagi pemain ABM mengasak gawang gol Team Bold setelah Nafis melepaskan rembatan yang padu tapi tersasar. Pada minit ke 4, Mijan merembat ke arah gawang ABM namun dapat dihalang oleh Anwar dengan jayanya. Hadi menggelecek seorang pemain lalu merembat

namun rembatannya ke tepi gawang. Pada minit ke 6, Farid melorongkan bola buat Nafis yang berjaya menyudahkannya dengan satu rembatan padu melepasi penjaga gol. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan asakan yang bertubi-tubi daripada pemain ABM. Samhan menepis satu rembatan daripada Pik lalu menuju kepada Farid dan Farid melepaskan rembatan separuh voli namun masih dapat ditahan oleh Samhan. DOUBLE SAVE di situ oleh Samhan. Sekali lagi Samhan menahan rembatan daripada Farid. GOALLLL!!!! setelah Pik berjaya menolak masuk bola yang terpelantun hasil daripada rembatan Farid. Nafis berjaya menjaringkan gol sekali lagi setelah lorongan daripada Pik berjaya disudahkannya. Pada minit ke 11, Farid sekali lagi melorongkan bola buat Syahir yang menyudahkannya dengan tenang. Pada minit ke 12, Farid menggandakan asssistnya setelah melorongkan bola buat Nafis yang berjaya menjaringkan hatrik dalam perlawanan ini. Pada minit ke 13, Mijan mengawal bola dengan begitu baik lalu merembat padu ke penjuru kiri gawang. Perlawanan tamat dengan keputusan 5-1 yang memihak kepada TABM.


Perlawanan terakhir adalah antara Team Black Warrior(TBW) VS Iman Dan Takwa(IDT). Perlawanan dimulakan oleh TBW. Seawal minit pertama Syahmi berjaya menjaringkan gol setelah berjaya melorongkan bola melepasi penjaga gol IDT.

Pada minit ke 3 Syahmi sekali lagi menggandakan jaringannya setelah rembatannya dari tepi menuju gawang IDT. Kali ini giliran Syahir pula untuk menjaringkan gol setelah rembatan leretnya menuju ke penjuru kanan gawang IDT. Fikri pemain IDT melepaskan rembatn yang leret namun tidak bernasib baik apabila rembatannya terkena tiang. Aisar cuba melorongkan bola buat Syahmi namun tidak mampu dikawal oleh Syahmi. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 3-0. Separuh masa kedua dengan sangat baik apabila TBW sekali lagi menambah jaringan setelah Syahmi cross bola buat Aisar mudah menanduk masuk. Dani pemain IDT cuba untuk merapatkan jurang namun rembatannya tidak menemui sasaran. Amir penjaga gol TBW berjaya menahan satu rembatan padu daripada Acha yang merembat dari tepi. Pada minit ke 14, Syahmi melengkapkan hatriknya dengan satu gerakan solo yang menarik setelah menggelecek 2 pemain lalu menjaringkan gol dengan tenang. Perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada TBW dengan keputusan 5-0.

Kehangatan Bermula (Minggu Ketiga) 31/12/2011



Alhamdulillah dengan izin Allah, pada hari Sabtu 31/12/2011 perlawanan FBL telah dapat dilangsungkan di Is-Stad untuk minggu ketiga. Di pagi yang cerah disinari mentari dalam suhu yang berdarjahkan 12 celcius, kelihatan para pemain sungguh bersemangat untuk menentang pasukan lawan mereka.

Perlawanan pertama adalah di antara Team Futsology(TF) VS Team DDB(TD). Futsology memulakan perlawanan dengan sepak mula. Perlawanan seimbang pada minit pertama perlawanan. Namun pada minit ke -2,DDB berjaya membolosi gawang Futsology setelah Ardee menyumbatkan gol buat pasukannya setelah dilorongkan dengan begitu cantik oleh Faiz. Permainan yang agak perlahan ditunjukkan oleh Futsology setelah mereka bertubi-tubi diserang oleh DDB. Namun pada minit ke 5, Futsology mula mendapat rentak. Serangan demi serangan dilakukan oleh mereka.

Akhirnya pada minit ke 7 Ahsan merembat kencang ke arah gol untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan keputusan 1-1. Separuh masa kedua bermula dengan serangan daripada pihak DDB namun gagal membolosi gawang Futsology yang dikawal kemas oleh Yusri. Pada minit-minit terakhir, giliran Futsology menyerang dengan bertubi-tubi. Namun serangan daripada Futsology tiada penyudahan kerana dikawal oleh Suhaimi penjaga gol DDB. Akhirnya perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Perlawanan kedua adalah di antara Gala’ VS Iman dan Takwa(IDT). Perlawanan dimulakan oleh Gala’. Gala’ bermula dengan serangan ke arah pihak lawan, namun lorongan terlalu laju daripada Farhan tidak dapat menemui penyerang Gala’. Abdul Hakim pemain Gala’ Berjaya menjaringkan gol apabila merembat kencang dan secara tidak sengaja mengenai badan pemain pertahanan IDT lalu bergolek ke arah gol sendiri. Kemudian Amirul menambahkan jaringan setelah rembatan kencangnya menemui sasaran untuk menjadikan kedudukan 2-0. Pada minit ke 3, Hakim menambah jaringan pasukannya kepada 3-0 setelah menerima lorongan daripada Farid. Pada minit ke 4, Farid sekali lagi merencanakan pergerakan pasukannya setelah lorongannya berjaya disambar oleh Hakim.

Pada minit ke 5, Amirul menambah lagi jaringan kepada 5-0 setelah menerima hantaran daripada Farid. Pada minit ke 7, Abdul Hakim melorongkan bola buat Amirul menyudahkannya. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 6-0. Kedudukan yang selesa buat Gala’. Separuh masa kedua dimulakan dengan serangan yang berterusan daripada Gala’ menemui hasilnya setelah Farid menambah jaringan pasukannya kepada 7-0. Pada minit ke 9, giliran Kamarul pula menjaringkan gol setelah merembat bola ke penjuru kanan gawang IDT. Pada minit ke 10, Gala’ menambahkan lagi derita pemain IDT setelah Kamarul menambah jaringan gol pasukannya. Pada minit ke 13, Farid merembat ke tepi kiri gawang gol pihak IDT untuk menamatkan perlawanan dengan 10-0. Setelah tamat perlawanan, kelihatan pemain-pemain Gala’ gembira apabila dapat berpesta gol pada pagi ini.

Perlawanan ketiga adalah di antara Canine(TC) VS The Late(TL). Setelah perlawanan bermula, The Late menyerang dengan bertubi-tubi dengan satu rembatan kencang daripada Akmal namun tinggi. Habib sekali lagi merembat ke arah gawang Canine namun masih gagal menemui sasaran.

Akhirnya pada minit ke 4, Erwan berjaya menjaringkan gol setelah menolak masuk bola yang gagal ditampan oleh penjaga gol Canine. Pada minit ke 6, Erwan sekali lagi cuba merembat namun gagal menemui sasaran. Sebelum tamat separuh masa pertama, The Late dapat menambahkan jaringannya apabila Erham melorongkan bola dari kanan untuk penyerang The Late Muhsin, namun pertahanan Canine kebal menjaga gol mereka dan Mohsen melorongkan kepada Erwan untuk menambahkan jaringan kepada 2-0. Pada separuh masa kedua, percubaan demi percubaan dapat ditepis oleh Akmal yang begitu cekap menjaga gawangnya. Pada minit ke 8, Habib melorongkan bola buat Erham namun rembatannya tidak menemui sasaran. Pada minit ke 10,Raja melepaskan satu rembatan yang padu namun menuju ke tepi gawang.Seterusnya, Erham menjaringkan gol pada minit ke 11 setelah menerima lorongan leret daripada Erwan. Akhirnya pada minit ke 13, Erwan menambah koleksi golnya setelah menerima lorongan daripada Erham.

Perlawanan keempat ialah antara The Black Warrior(BW) VS Unknown(TU). Seawal minit ke 2, Badrul mencemaskan para pemain Black Warrior setelah rembatannya singgah di palang gol. Pada minit ke 3, Badrul sekali lagi merembat namun tidak menemui sasaran. Pada minit ke 5, Badrul yang menggelecek seorang pemain pertahanan Black Warrior melorongkan bola buat Ehsan mudah menyudahkannya. Pada minit ke 7, Badrul sekali lagi membuktikan kehebatannya setelah lorongannya dirembat padu oleh Wawaeni.

Separuh masa ke 2 dimulakan dengan serangan daripada Uknown. Badrul menglecek seorang pemain lalu merembat kencang namun tidak menemui sasaran. Pada minit ke 9, Amir penjaga gol Black Warrior melempar bola ke arah Aisar yang mudah menyudahkannya. Pada minit ke 10, Syahmi berjaya menyamakan kedudukan. Namun pada minit ke 12 Ihsan kembali meletakan pasukannya dihadapan setelah rembatannya menemui gawang. Pada minit ke 13 badrul menggandakan lagi kelebihan pasukannya setelah rembatannya menuju ke penjuru gawang. Perlawanan berakhir dengan keputusan 4-2.

Perlawanan terakhir adalah perlawanan diantara Team Bold(TB) menentang Romeo Wardi FC(RW). Seawal minit ke 2, Taqi mencemaskan penjaga gol TB setelah rembatannya menuju ke arah gawang gol. Pada minit ke 4, Taqi sekali lagi melorongkan bola ke arah Syafri mamun tak dapat dikawal dengan baik. Pada minit ke 5, Hakim melorongkan bola kepada Hadi dan merembat kencang melepasi penjaga gol Rome Wardi.

Romeo Wardi memberi respons dengan gol penyamaan daripada Syafri. Pada separuh masa ke 2, perlawanan dimulakan dengan Hadi yang mengelecek 2 pemain pertahanan merembat padu namun menuju tepi gawang. Syafri merembat kencang namun dapat ditepis Ahmad Samhan. Pada minit ke 12 Syafri merembat padu setelah menerima bola daripada Saifullah. Perlawanan berakhir dengan 1-1.

Setelah pemerhatian dan penilaian dibuat, pihak pengurusan FBL bersepakat untuk menjadikan saudara Amirul Kabri penyerang team Gala’ sebagai “player of the week” dengan persembahan Amirul yang begitu mantap pada minggu ini. Insyaallah, semua pemain akan menemui pasukan lawan mereka yang baru pada Sabtu depan 7.1.2012. KITA JUMPA DISANA!!....Klik Disini untuk melihat kedudukan pasukan-pasukan FBL!

Saingan 3 Penjuru(Minggu Kedua) 24.12.2011


Alhamdulillah pada hari Sabtu, 24 Disember 2011, perlawanan untuk minggu kedua telah berlangsung. Namun pada minggu ini, jadual perlawanan terpaksa ditangguhkan seketika atas kehadiran beberapa team yang lambat. Oleh itu pihak pengurusan berharap agar semua pasukan dapat memberikan kerjasama yang tinggi dalam menepati masa supaya acara dapat berjalan dengan lancar.

Perlawanan pertama adalah di antara Team Bold VS Iman Dan Takwa. Perlawanan dimulakan oleh pasukan Bold yang bejersi biru. Pada minit pertama, Akieff merembat namun gagal menyumbat gol setelah rembatannya tersasar. Pada minit ke 3 Hadi penyerang Team Bold berjaya memecahkan kebuntuan apabila menyumbat satu gol setelah menerima lorongan daripada Hakim. Keadaan bertukar menjadi 1-0. Hadi membuat satu hantaran kepada Zaid yang tampak bersedia untuk merembat namun rembatannya tersasar. Beberapa minit kemudian, Syakeer, penjaga gol IDT tersilap membaling ke arah pemain lawan dan Samhan pantas ingin membuat satu “chip-shot” namun gagal menjaringkan gol walaupun peluang itu jelas dapat menambah jaringan pasukannya. Setelah diberi tekanan oleh pihak pertahanan IDT. Pemain IDT cuba mencari gol penyamaan. Daniel,(IDT) melepaskan rembatan namun ditepis oleh Mizan,penjaga gol Team Bold. Hadi tampak begitu merbahaya apabila beliau sekali lagi merencanakan pergerakan pasukannya setelah lorongannya menemui Hakim, namun rembatan Hakim tersasar untuk menamatkan perlawanan dengan kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Team Bold menukar strategi dengan Ahmad Samhan kembali menjadi penjaga gol dan Mijan menjadi striker. Strategi itu tampak menjadi, apabila lorongan Hakim yang menuju ke arah Mijan dapat dilihat mampu dikawal oleh Mijan namun bola itu terlalu laju. Namun pada minit ke 8, Mijan menunjukkan bisanya apabila menggelecek seorang pemain pertahanan IDT untuk menjadikan kedudukan 2-0. Team Bold nampaknya semakin garang mencari gol sehingga memaksa Syakeer penjaga gol IDT menahan banyak percubaan daripada Team Bold. Mijan sekali lagi menyumbat satu gol setelah menyudahkan hantaran daripada Hakim. Pada minit ke 11, Mijan gagal melengkapkan hatriknya apabila kuisannya menuju ke tepi gawang. Pada minit ke 12, Hakim menambah lagi penderitaan IDT setelah rembatannya menuju ke penjuru kanan gawang IDT hasil daripada lorongan Hadi. Pada minit-minit terakhir, Mijan melorongkan bola buat Hadi yang menyudahkannya dengan rembatan separuh voli untuk menyudahkan perlawanan dengan keputusan 5-0.


Perlawan kedua adalah di antara The Late (TL) VS Gala’ (G). Perlawanan dimulakan dengan rembatan yang kencang daripada Akmal(TL) namun tersasar. Pada minit ke 2, Akmal sekali melepaskan rembatan padu namun masih tidak mampu menjaringkan gol . Pada minit ke 3, Erwan, sayap kiri The Late berusaha untuk menjaringkan goal namun sentuhannya hanya melepasi sebelah tiang gol. Pada minit ke 5, Akmal semakin hampir menjaringkan gol apabila rembatannya kali ini menjumpai tiang namun masih tidak menemui jaring. Pada minit ke 6, Raja melepaskan rembatan namun tersasar untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 0-0. Separuh masa kedua dimulai oleh Gala’.
Penjaga gol The Late, Afiez berjaya menahan satu rembatan padu daripada Amirul, sayap kiri Gala’. Akhirnya, saat yang dinanti nantikan, pada minit ke 7 suasana yang sunyi kembali riuh apabila Raja melepaskan rembatan yang kencang yang melepasi penjaga gol Gala’ setelah merima hantaran daripada Muhsin. Tersentak dengan gol itu, pemain Gala’ kembali bersemangat untuk mencari gol. Hakim, pemain utama Gala’ menanduk bola namun tandukannya terkena tiang. Pada minit ke 9, Erham melepasi semua pertahanan Gala’ dan menuju ke gawang gol. Namun refleksi yang cemerlang daripada Kamarul penjaga gol Gala’ berjaya menghalang rembatan itu. Pada minit-minit terakhir perlawanan, Muhsin meletakkan pasukannya di kedudukan yang selesa apabila merembat rendah menuju ke penjuru kanan gawang gol Gala’ setelah menerima hantaran daripada Akmal. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0.

Kehangatan suasana pada pagi ini diteruskan dengan perlawanan di antara Unknown vs DDB. Unknown memegang reputasi sebagai pasukan yang menjaringkan gol paling banyak pada perlawanan yang lepas. Perlawanan dimulakan dengan serangan yang pantas oleh Unknown. Badrul, penyerang Unknown berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 2 setelah bola terpantul terkena tiang gol. Mereka meneruskan asakan ke arah gol DDB dan Badrul sekali lagi merembat masuk gol setelah menerima hantaran daripada Wawaeni. Ihsan pemain Unknown membuat satu cubaan dengan merembat padu namun menuju ke tepi gawang. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 2-0 yang memihak kepada Unknown. Pada separuh masa kedua, giliran DDB pula menyerang untuk mencari gol. Kali ini, Ismail pemain DDB cuba menguis bola namun tidak dapat menemui jaring . Pada minit ke 9, Badrul sekali lagi merembat namun rembatannya kali ini tersasar menuju ke tepi gawang. Suhaimi sekali lagi menyelamatkan pasukannya apabila menahan satu percubaan daripada Ihsan. Pada minit ke 10, Wawaeni sekali lagi menambah jaringan gol kepada 3-0. Pemain DDB kembali bersemangat mencari gol. Ardee pemain DDB merembat dari kawasan tengah namun tidak dapat membolosi gawang . Pada minit ke 12, lorongan daripada Faiz buat Ardee berjaya membuahkan hasil setelah Ardee menjaringkan gol pertama buat DDB. Mail hampir merapatkan jurang namun percubaanya tidak menemui sasaran. Pada minit-minit terakhir, Suhaimi menyelamatkan 2 percubaan merbahaya untuk memastikan kedudukan berakhir dengan 3-1.


Perlawanan ke 4 adalah di antara Futsology VS Ayahanda Boxer Merah (ABM). Separuh masa pertama dimulakan oleh ABM. Perlawanan sangat sengit daripada kedua-dua pasukan. Pada minit ke 5, Syahmi merembat namun rembatannya terkena team sendiri. Akhirnya pada minit ke 5, Farid berjaya menjaringkan gol setelah hantaran dari pemain pertahanan ke penjaga gol dapat dipintas oleh Farid untuk beliau menyudahkan dengan mudah. Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-0. Pada minit ke 8, Ahnaff berpeluang menyamakan kedudukan namun kuisannya tidak dapat menemui gawang. Akhirnya pada minit-minit terakhir, Ahnaff menjadi penyelamat buat pasukannya setelah menyamakan kedudukan dengan satu sepakan padu ke gawang gol ABM. Perlawanan tamat dengan keputusan 1-1.


Perlawan terakhir adalah di antara Romeo Wardi (RW) VS Black Warrior (BW). Perlawanan bermula dengan satu cubaan daripada Qayyum. Pada minit ke 4, Taqi pemain TRW berjaya menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripada Amsyar. Keadaan bertukar menjadi 1-0. Pada minit ke 7, Salihin berjaya menahan satu percubaan daripada Syahmi untuk mengekalkan kelebihan yang dimiliki oleh pasukannya. Separuh masa kedua bermula dengan Taqi melorongkan bola buat Syafri menyudahkan untuk menjadikan kedudukan TRW selesa.Namun pemain BW masih tidak berputus semangat. Salihin terpaksa menahan satu percubaan daripada Ifa’ad. Pada minit ke 11, Taqi tampak menambahkan lagi koleksi golnya namun dihalang oleh penjaga gol TBW. Sekali lagi Salihin menahan lorongan daripada Qayyum yang tampak menuju ke arah Syahmi. Pada minit terakhir, Taqi menanduk bola ke arah belakang namun dapat ditepis oleh penjaga gol TBW. Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-0.

Setelah melihat setiap perlawanan yang berlangsung, pihak tertinggi FBL 2011/2012 sepakat untuk memilih Hamizan sebagai pemain terbaik minggu ini setelah menunjukkan mempersembahkan aksi yang hebet dalam membantu pasukannya menewaskan IDT dengan 5-0.

Bahang Mula Terasa(Minggu Pertama) 17.12.2011



Alhamdulillah pada hari Sabtu, 17 Disember 2011, perlawanan pertama Futbol Brothers League telah dapat dijalankan di Istad. Sebelum permainan bermula, Abang Mad memberi sedikit tazkirah sebagai santapan rohani.
Perlawanan pertama bermula di antara Team Ayahanda Boxer Merah(ABM) VS Team Black Warrior(BW). Perlawanan dimulakan olehTeam ABM.Perlawanan bermula dengan tepukan gemuruh daripada penyokong kerana perlawanan pertama FBL telah bermula. Semua mata tertumpu pada Syahmi, pemain Team BW yang menjadi pemain terbaik Pre – League pada minggu lepas. Namun ternyata dengan kehadiran Farid telah memberi impak buat pasukan ABM apabila menjaringkan gol setelah menerima hantaran daripadaSyahmi(ABM). Namun tidak lama selepas itu, Syahmi pemain BW sekali lagi menunjukkan belangnya apabila menyumbat gol untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1. Separuh masa kedua bermula dengan sepak mula daripada Team BW. Pada minit ke-10, Farid melorongkan bola buat Syahmi(ABM) dan dikawal dengan cantik namun ledakannya yang tinggi melepasi gawang gol pihak BW. Pada minit ke-13, Syahmi(ABM) sekali lagi memberi lorongan buat Farid menyudahkannya. Farid berjaya menambah koleksi golnya kepada dua. Akhirnya wisel penamat dibunyikan dan perlawanan tamat dengan keputusan memihak kepada pihak ABM dengan keputusan 2-1.

Key player untuk team ABM-Farid
Key player untuk team BW-Syahmi

Perlawan kedua adalah di antara Team The Late(TL) VS Team Romeo Wardi(RW). Perlawanan bermula dengan sepak mula daripada Team The Late. Perlawanan nampak seimbang pada seawal minit ke 2. Namun Raja, pemain TL berjaya menggelecek pemain RW lalu melepaskan sepakan padu yang menuju ke penjuru kanan gol RW melepasi penjaga gol RW. Gol itu mungkin telah menjadi “Goal Of The Week”. Setelah itu pemain RW berusaha untuk mencari gol penyamaan. Taqi pemain RW melepaskan rembatan setelah menerima hantaran daripada Amsyar namun berjaya ditahan oleh Hafiz, penjaga gol pihak TL. Hafiz sekali lagi bertindak cemerlang apabila menahan lorongan Taqi yang tampak menuju kearah Syafri. Perlawanan separuh masa kedua dimulakan dengan asakan daripada RW kearah pintu gol TL. Namun Hafiz penjaga gol pihak TL bertindak cemerlang untuk menepis segala percubaan. Syafri kapten RW melepaskan rembatan kuat namun tendangannya menuju ke sisi gawang TL. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak pada TL. Tahniah buat kedua-dua pasukan yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Key player TL-Erham
Key player RW-Zunnur Ihsan

Perlawan ketiga dimulakan dengan sepak mula daripada Team Futsology(F) yang menentang Team Bold(TB). Perlawanan bermula dengan sangat rancak daripada kedua-dua team. Bertubi-tubi asakan dilancarkan dan akhirnya pada minit ke -5, lorongan daripada Hadi kepada Hakim berjaya menghasilkan gol pertama buat TB. TF kembali bersemangat melancarkan serangan yang berbisa. Ahnaf pemain TF berjaya menggelecek dua pemain pertahanan dan merembat masuk kearah gawang TB untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Pada separuh masa kedua, pemain TB memulakan perlawanan dengan pemain mereka saling bertukar hantaran sehingga ke arah gawang TF namun berjaya dihalang oleh Kimi yang mengawal benteng pertahanan TF. TB bermain dengan sangat mantap, apabila Hadi menggelecek seorang pemain pertahanan lalu melorongkan buat Ahmad(TB) menjarigkan gol. Pemain TF yang tersentak dengan gol itu melakukan counter attack. Strategi itu berhasil apabila Ahnaf sekali lagi merembat masuk untuk menjadikan kedudukan 2-2. TB sekali lagi melakukan asakan bertubi-tubi pada minit-minit terakhir setelah Ahmad berlari meninggalkan pemain pertahanan TF untuk menuju kearah gawang gol TF. Namun Yusri berjaya menahan percubaan daripada Ahmad untuk menjadikan kedudukan berakhir dengan 2-2.

Key player TF-Ahnaff
Key player TB-Hadi

Perlawan keempat adalah di antara Unknown(TU) VS Canine(TC). Pada seawal minit pertama, TU berjaya dapatkan gol setelah Wawaeni yang melorongkan bola buat Badrul menjaringkan gol yang pertama bagi pihak TU. Kemudian mereka menambah lagi gol pada minit ke-2 apabila Badrul pula yang melorongkan bola buat Wawaeni menjaringkan gol.
Tidak sampai 2 minit selepas itu, Syafiq menambah lagi jaringan setelah merembat masuk untuk menjadikan kedudukan mereka 3-0. Pemain TC cuba untuk bangkit namun pertahahan TU yang dikawal oleh Hafiz sukar untuk ditembusi. Pada minit ke 5, Badrul sekali lagi menambah koleksi golnya setelah menggelecek 3 orang pemain. Pada minit ke -6, Syafiq menambah gol lagi setelah rembatannya tidak dapat ditepis oleh penjaga gol TC untuk menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 5-0. Pada separuh masa kedua, Syahril berjaya menggelecek 3 pemain TU namun tidak dapat membolosi gawang TU yang dikawal Ariff. Pada minit ke 8, TU menambah lagi jaringan gol mereka setelah Syafiq melengkapkan hatriknya setelah merembat masuk gol melepasi penjaga gol TU. Pada minit ke 10, Wawaeni menjadikan kedudukan 7-0 setelah bertukar –tukar hantaran dengan Badrul sebelum merembat masuk gol. Pada minit ke – 13, Wawaeni melengkapkan hatriknya setelah menggelecek seorang pemain hantaran sebelum menyudahkannya dengan tenang. Perlawanan berakhir dengan keputusan 8-0. Nampaknya dengan ketiadaan 2 orang pemain utama TC, iaitu Umair dengan Aziz Gan betul-betul mempengaruhi persembahan TC.

Key player TU-Wawaeni
Key player TC-Syahril

Perlawanan terakhir adalah di antara Team Gala(TG) VS Team DDB(TDDB). Perlawan dimulakan oleh TG yang berjersi coklat. TG bermula dengan garang apabila memaksa penjaga gol TDDB, Suhaimi menepis satu tendangan daripada Hazeem. Hazeem sekali lagi cuba merembat namun rembatannya dapat ditepis oleh Suhaimi. Amirul pemain TG melorongkan bola buat Hazeem namun tidak dapat menyudahkannya dengan baik. Pada minit ke-5, Hazeem sekali lagi cuba merembat namun kali ini dapat dihalang oleh pemain pertahanan TDDB, Razi. Pada separuh masa kedua, penjaga gol TG yang menerima passing back daripada pemain pertahanan cuba untuk mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya, tetapi bola itu terkena kepala Ardee pemain TDDB yang cuba mengejar bola itu lalu bergolek masuk ke dalam gol untuk menjadikan kedudukan 1-0. Mungkin inilah “gol yang paling tidakdisangka-sangka”. Pemain TG cuba bangkit kembali dengan Ariff yang menerima hantaran daripada Abdul Hakim cuba untuk menanduk tetapi tandukannya tersasar. Kemudian Abdul Hakim melepaskan rembatan yang kuat namun masih tidak dapat membolosi gawang yang dijaga oleh Suhaimi pemain TDDB. Perlawanan berakhir dengan kedudukan 1-0 dengan kemenangan berpihak kepada TDDM.

Key player TDDB-Suhaimi
Key player TG-Hakim

Secara kesuluruhan, setelah dinilai oleh unit pertandingan, gelaran “PLAYER OF THE WEEK” telah dianugerahkan kepada saudara MUHAMMAD WAWAENI BIN UBAIDELLOH. Dengan jaringan hatrik dan satu asisst telah melayakkan Wawaeni untuk menerima anugerah berprestij ini. Tahniah diucapkan.Untuk melihat kedudukan team FUTBOL BROTHERS LEAGUE, sila ke page-----> league standing.